|
Hikmah
January 21, 2018 | 7:26 AM | 0 comments
Kita sudah semakin jauh
Dengan niat asal kita Jauh dek kerana perasaan Cinta yang tumbuh Bukan pada tempat tuainya Bukan pada waktunya Tuhan menguji Kerna sayangnya pada kita lebih dari yang sesama kita Kuatkan lah hatimu Aku juga, seusaha mungkin ingin kuat Agar engkau juga dikuatkan Jodoh pasti ada Kita usahakan itu dengan pemilik hati kita :') Orang tua
| 7:02 AM | 0 comments
Orang tuaku orang susah.
Dah umur lebih separuh abad pun masih belum jejak ke Mekah dan Madinah. Ibu, sangat ingin sekali menjejakkan kaki ke tanah haram itu. Baru-baru ini, aku dapat peluang untuk menunaikan umrah. Pasca pulang dari umrah, aku cerita pada ibu, tentang begini dan begitu. Sambil bercerita, sesekali ibu mengalihkan kameranya ke atas, Aku tahu ibu menangis. Aku anak yang ego, tak ingin terheret sama turut sedih, Topik perbualan aku tukar, namun masih ibu bertanya tentang Mekah. Aku menjawab ala kadar. Teruknya aku. Tapi aku terpaksa, kalau tak suasana akan menjadi lagi kelam. Aku menjawab ala kadar supaya tak mahu ibu lagi tinggi keinginannya dan terus mengenang nasib, biarlah masa menentukan bila ibu dapat pergi. Dengan aku kah? Dengan anak-anaknya yang lain kah? Tuhan saja yang tahu doa yang ku ulang-ulang selalu ketika tawaf, solat sunat hajat, saie adalah supaya ibu dapat pergi ke sana juga. Mujur saja ayahku dapat pergi menunaikan haji setahun yang lepas, syukur adanya pakej haji untuk para imam masjid. Kuatnya hati orang tuaku. Hidup susah di dunia, semoga senang di akhirat nanti. Ampunkan dosa kedua orang tuaku, sayangilah mereka, haramkanlah kulit dan daging mereka dari api nerakaMu Allah. T.T |