|
Hikmah
January 21, 2018 | 7:26 AM | 0 comments
Kita sudah semakin jauh
Dengan niat asal kita Jauh dek kerana perasaan Cinta yang tumbuh Bukan pada tempat tuainya Bukan pada waktunya Tuhan menguji Kerna sayangnya pada kita lebih dari yang sesama kita Kuatkan lah hatimu Aku juga, seusaha mungkin ingin kuat Agar engkau juga dikuatkan Jodoh pasti ada Kita usahakan itu dengan pemilik hati kita :') Orang tua
| 7:02 AM | 0 comments
Orang tuaku orang susah.
Dah umur lebih separuh abad pun masih belum jejak ke Mekah dan Madinah. Ibu, sangat ingin sekali menjejakkan kaki ke tanah haram itu. Baru-baru ini, aku dapat peluang untuk menunaikan umrah. Pasca pulang dari umrah, aku cerita pada ibu, tentang begini dan begitu. Sambil bercerita, sesekali ibu mengalihkan kameranya ke atas, Aku tahu ibu menangis. Aku anak yang ego, tak ingin terheret sama turut sedih, Topik perbualan aku tukar, namun masih ibu bertanya tentang Mekah. Aku menjawab ala kadar. Teruknya aku. Tapi aku terpaksa, kalau tak suasana akan menjadi lagi kelam. Aku menjawab ala kadar supaya tak mahu ibu lagi tinggi keinginannya dan terus mengenang nasib, biarlah masa menentukan bila ibu dapat pergi. Dengan aku kah? Dengan anak-anaknya yang lain kah? Tuhan saja yang tahu doa yang ku ulang-ulang selalu ketika tawaf, solat sunat hajat, saie adalah supaya ibu dapat pergi ke sana juga. Mujur saja ayahku dapat pergi menunaikan haji setahun yang lepas, syukur adanya pakej haji untuk para imam masjid. Kuatnya hati orang tuaku. Hidup susah di dunia, semoga senang di akhirat nanti. Ampunkan dosa kedua orang tuaku, sayangilah mereka, haramkanlah kulit dan daging mereka dari api nerakaMu Allah. T.T Orang lain lagi dan lagi
August 14, 2017 | 1:12 AM | 0 comments
Scroll-scroll instagram tengok kawan ni pergi bercuti lah, kawan tu buat bisnes lah, eh kawan ni pergi attachment lah. Dalam hati, terfikir apa lah yang aku buat habiskan sisa cuti 2 bulan di Malaysia ni. Duit pun makin habis, hasil tak nampak sangat 😅 *you can skip this entry 4 musim - Part 1
July 19, 2017 | 9:42 AM | 0 comments
Di waktu petang yang indah, dengan angin2 sejuk menerobos jaring2 tingkap (prevention dari serangga) , seketika ku teringat, negara yang bermusim2 ni sebenarnya is a bless jugak. Kau dapat rasa semuanya. Walaupun payah, nak bertukar2 semua benda pada peralihan musim, cadar selimut kena sesuai, baju kena ada banyak siri, kipas dan pemanas udara pun kena ada jugak. Serius banyak kos, susah untuk yang kurang berkemampuan. Sekarang waktu musim panas, baru je lepas heatwave haritu. Panas tahap tak ingat. Tidur malam berpeluh-peluh. Tapi syukur jugak, musim yang kalau dalam alquran cakap waktu siang untuk bekerja-waktu malam untuk tidur ni dah jadi waktu siang untuk bekerja dan tidur-waktu malam untuk tidur je 😂 mana lah nak cari benda ni balik malauysia nanti. Serasa lama sangat waktu berjalan (Alhamdulillah, kalau dapat keberkatan masa dari Allah) Macam2 jugak boleh buat dari pagi sampai ke petang tu, joging pun boleh kalau rajin! Nikmat musim panas kat sini adalah tiap hari balik kalau boleh nak beli aiskrim! Kat sini aiskrim merata2, macam2 jenis. Murah pulak tu, aiskrim basic boleh dapat dalam 10 sen sini (0.60rm) *em murah jugak lah dari benda lain huhu Weh, doakan aku exam besok ni final last paper! Tak sangka setelah bertahun akhirnya post jugak entry sebab tengah LPS 😃 notakaki: LPS tu last paper syndrome keyh Labels: kipas, musim panas |